Friday 15 May 2015




Resepi Char Kuey Teow
        
                
Untuk paste

200 gm udang 
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu kecil garam 
1 sudu gula
Untuk Kuey Teow
200 g kuey teow 
1 sudu cili kisar
udang
taugeh dan kucai
1 biji telur

 Cara Penyediaan Untuk Paste

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dahulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan ,kemudian tapis dan ambil stoknya.
3.Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap maa.nis, kicap pekat, bawang putih, garam  gula dan kiub ikan bilis.
4.Masak bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya  tahan lama.

Cara Untuk Menyediakan  Char Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan  udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow,          kucai dan taugeh
 4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

         ** Proses memasak kuye teow cuma dalam 3-4 minit saja. Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak Char kuey teow ini. 

No comments:

Post a Comment