Wednesday 20 May 2015

Monday 18 May 2015

Kami di Tudia Char Kuey Teow sentiasa menggunakan bahan-bahan yang segar iaitu mendapatkannya terus daripada pembekal.
Udang dan ketam yang segar mampu mengekalkan rasa manis Char Kuey Teow tersebut..




Warung Tudia Char Kuey Teow beroperasi setiap hari kecuali pada hari JUMAAT kerana itu adalah hari cuti bagi warga kerja Tudia Char Kuey Teow..



Selamat pagi !!! Ini adalah cawangan-cawangan Tudia Char Kuey Teow yang boleh dikunjungi oleh pelanggan..
Memang sesuai apabila bawa keluarga keluar makan disini terutama ketika hujung minggu..
Yang paling disukai ialah apabila Char Kuey Teow Ketam kami boleh di dapati di semua cawangan berikut..
"Keep Calm and eat Crab"



Kat mana tu? Tak tahu nak makan apa? Datanglah ke warung bahagia Tudia Char Kuey Teow?
Chef kami sedang memasak..














Ini adalah ''feedback'' daripada pelanggan kami yang datang berkunjung dan merasai sendiri kelazatan di Tudia Char Kuey Teow..
Selain Char Kuey Teow udang, kami juga telah menambah makanan laut yang lain seperti  Char Kuey Teow Ketam dan juga Char Kuey Teow Udang Lipan sebagai menu baru..







Lokasi Char Kuey Teow kami adalah di Putra Height, Berhadapan Stesen Petron..


Antara pelanggan-pelanggan kami yang sedang menikmati Char Kuey Teow..
Kalau anda pengggemar Char Kuey Teow boleh datang untuk rasa sendiri keenakannya...



SEJARAH CHAR KUEY TEOW


✔Char kuey teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.
✔Semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh.
✔Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien.
✔Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kuey teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Friday 15 May 2015




Resepi Char Kuey Teow
        
                
Untuk paste

200 gm udang 
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu kecil garam 
1 sudu gula
Untuk Kuey Teow
200 g kuey teow 
1 sudu cili kisar
udang
taugeh dan kucai
1 biji telur

 Cara Penyediaan Untuk Paste

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dahulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan ,kemudian tapis dan ambil stoknya.
3.Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap maa.nis, kicap pekat, bawang putih, garam  gula dan kiub ikan bilis.
4.Masak bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya  tahan lama.

Cara Untuk Menyediakan  Char Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan  udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow,          kucai dan taugeh
 4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

         ** Proses memasak kuye teow cuma dalam 3-4 minit saja. Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak Char kuey teow ini. 


NURUL SYAHIRA BINTI MD SALLEH

235290

019-4284076

www.tudiacharkueyteow.com.my